Tuesday, September 28, 2010

Pemuda Jauh Beza Dengan Kita Semua



Errmm...kawan2. agak-agak la, dimanakah kita? Apakah kita selamat sekarang?? Mesti pembaca jawab. saya Depan LaptOp la..kt mana lagi. Nak baca blog kamu ni haa. tu pun mahu tanya ke..?. Ishh...kamu ni, bukan itu maksud saya sebenarnya. Ini Sekadar intro je ni.

Kenal x Abu Sa'labah ibn Abdul Rahman..? Rasa-rasanya ramai yang tidak mengenali pemuda ni kan. Pemuda ni hidup di zaman Rasulullah. Pada suatu hari, Ibu Abu Sa'labah suruh pergi ke pasar untuk membeli barang-barang yang di pesan oleh ibunya. Ketika nak balik dari pasar tu, Abu Sa'labah ternampak seorang wanita sedang mandi. fuyoo...nampak perempuan mandi. he3. Macam mana boleh ternampak..?? Sebabnya rumah dulu2 di tutupi oleh daun je. Apabila ternampak tubuh wanita yang sedang mandi tadi, Abu Sa'labah mengeletar badan dia. Apa lagi, terus la Abu Sa'labah ni berlari ke gunung yang tinggi, beliau x pulang ke rumah. Sepatutnya kena balik la kan sebabnya Ibu dia pesan suruh beli barang di pasar.

Punya gementar Abu Sa'labah. Kalau kita la, tgk perempuan mandi, silap2 pergi lagi dekat nat nampak jelas. Siap rakam lagi tu. hahaha. Eleh perempuan pun sama, nampak laki mandi pun, lari malu2..padahal nak tengOk. hehe. Depend on situation. huhuhu.

So, berbeza dengan kita, jauh bezanya tuan puan semua. Jaaaauuh!! kita lagi suka lihat susuk tubuh yang bukan sejenih. Laki perempuan sama je. Mata melilar je pandang aurat perempuan. Suka sgt....Astaqfirullah Al Azim!

Maka seorang sahabat membawa Abu Sa'labah turun dari gunung bertemu dengan Nabi, dengan keadaan yang keletihan tadi, Nabi letakkan kepala Abu Sa'labah atas pehanya. Di usap2 kepala abu Sa'labah, perlahan-perlahan Abu Sa'labah mengalihkan kepala dari peha Rasulullah. Abu Sa'labah kata, kepalaku tidak layak untuk letak di atas peha Nabi, kerana mata ini telah melihat kemungkaran, dosa! Wahai Rasulullah, adakah aku masih layak untuk masuk ke syurga?? dengan gementar dan ketakutan Abu Sa'labah bertanya kepada Rasulullah.

Nak di pendekkan cerita, ketika kematian Abu Sa'labah, Nabi Muhammad nak sampai ke laluan kubur Abu Sa'labah terasa amat susah. sempit sangat. Terasa ade sesuatu yang menyekat laluan ke situ. Agaknya la kan, apa yang pembaca fikirkan? Mesti beratkan dosa pemuda tadi.??

Berkata Nabi kepada sahabat-sahabatnya. "Tidakkah kamu melihat tempat ini di penuhi dengan Malaikat. Terlalu sempit untuk aku melaluinya."

Subhanallah! Allahu Akhbar! Allah....sedihnya kita tidak semacam pemuda ni..

Di manakah kita??  Sekarang jawab. Tepuk dahi tanya diri sendiri...!!!!