Monday, December 20, 2010

Menjawab persoalan istiqamah (berkekalan)


Lazimnya jika seseorang yang ingin melakukan kebaikan akan di perli di ejek di permainkan oleh orang di sekelilingnya apa yang mereka mahu lakukan. Jika ini terjadi akan menyebabkan tingkahlaku  orang yang ingin membuat kebaikan akan terbantut atau lemah semangat untuk meneruskan usaha melakukan kebaikan di samping mencari keredoan Allah ta'ala Yang Maha Melihat dan Mendengar.

Allah tidak menilai Islam, Budha,Hindu,Yahudi, Kristian dan lain2 agama atau keprcayaan, tetapi Allah menilai dari tiga aspek utama.
1) Zalim pada diri sendiri
2) Orang yang tengah-tengah atau bersederhana
3) Seseorang yang sungguh prodaktif melakukan sesuatu.( ini yang terbaik dan di inginkan)
No 3 adalah yang  terbaik kerana orang itu bersemangat untuk melakukan sesuatu dan tidak zalim pada diri sendiri. Hidayah Allah kurniakan kepada kita. Kita perlu berusaha dan memahami Islam itu dengan sebaiknya.

Allah telah berfirman dalam Quran 51:57 iaitu surah adz-zariaat ayat 57 yang bermaksud:


"sesungguhnya Aku tidak mencipta manusia dan jin melainkan untuk beribadat padaKu".

Manisnya Islam itu kerana kita bukan sahaja hanya beribadat kepadaNya, tetapi segala aspek kehidupan kita jika di iringi dengan niat, akan mendapat pahala. sebagai contohnya, kita bersukan niat untuk menyihatkan badan akan mendapat pahala. Atau lain-lain contoh, makan,bekerja,tidur dan lain-lain sertakan dengan niat yang baik akan kita perolehi pahala.

Niat itu tadi tidak dapat di cemari, tetapi perbuatan boleh dicemari dengan sifat riak. Oleh itu, buatlah sebanyak mana pun amalan kebaikan dengan niat. InsyaAllah akan perolehi kebaikan dariNya. Usaha risau ejekan orang dan pandangan pelik mereka pada kita. Allah itu Maha Mengetahui keatas hambaNya. Teruskan membaca klick read more.

Sunday, December 5, 2010

Terdetik Istiqamah...

Terdetik di hati mahu menulis tentang tajuk istiqamah atau dalam erti kata lain berterusan. Sejak akhir2 ni selalu di kenakan dengan istiqamah. Kekadang mereka yang ingin melakukan secara mendadak perkara kebaikan di perli, ada betulnya mungkin mereka berubah mendadak. Mungkin tidak, tetapi melemahkan mereka untuk melakukan sesuatu kebaikan.

Istiqamah mungkin ada kaitan dengan niat...?? Istiqamah mungkin ada kaitan juga dengan tingkah laku......???

Hurrm...aku perlukan cadangan dan idea untuk mengarang.
Sumber internet wikipedia...banyak je, cuma malas nk dptkan sumber tu. aku lebih sukakan sumber dikaitkan dengan pengalaman di samping sumber penulisan lain...

Coming soon..