Wednesday, June 13, 2012

Sedarkah Kita Kekejaman Yang Berlaku Terhadap Rakyat Syiria..???

Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung blogers. This time I show you all about reality and fantasy in the world. Kali ini saya kongsikan suatu isu yang tidak di endahkan oleh segelintir masyarakat yang beragama ISLAM, malah agama lain juga tidak mengendahkan isu yang sedang berlaku pada masa kini di negara Syiria. 

Tahukan anda di Syiria, kekejaman yang berlaku di Syiria yang dilakukan oleh pemimpinnya sendiri iaitu Basyar al-Assad...? Untuk memehami isu ini elok kiranya kita semua tahu siapa Basyar al-Assad..? Apakah hubungannya dengan Syiria..? Oleh itu, saya lampirkan beberapa LINK blogs untuk pencerahan,perkongsian,pendedahan minda kita bersama.

Disini anda boleh klik dan terus masuk link blog isu di Syiria dan siapa Basyar al-Assad.

1- http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2012/03/wawancara-tentang-isu-di-syria.html
2- http://abunuha.wordpress.com/tag/bashar-al-asad/
3- http://menantidisyurga.blogspot.com/2012/02/peduli-syria-di-sebalik-isu-di-syria.html
4- https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100?sk=wall
5- http://www.ustazshauqi.com/2012/06/isu-umat-islam-syria.html


Sampai bilakah isu ini akan berlarutan..??
antara manusia yang memusnahkan Islam itu adalah penganut Islam yang lemah. mengambil separuh/sebahagian yang Allah aturkan/ajarkan di dalam Al-Quran. Kerana mencari kenikmatan didunia, agama di korbankan untuk kepentingan mereka kenikmatan di dunia.

Sunday, May 6, 2012

Janganlah Kita Menghina Pelaku Maksiat

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" - (Riwayat al-Termizi)

Tuesday, May 24, 2011

Kehidupan Alam Realiti atau Fantasi?


Assalamualaikum pembaca blog dan pengunjung yang terjumpa blog saya. Pertamanya saya megucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk baca. Maklumlah, tidak ramai yang suka membaca article atau sebarang bentuk penulisan. Menyusuri kehidupan yang sebenar mampukah kita???

Kita sebagai umat Islam, faham Islam, beramal dengan Islam. Sedarkah kita bahawa kita mampu jaga Iman kita?? Sedarkah anda? Cukup ke Sembahyang kita? Kuat ke "hati" kita menahan godaan keadaan semakin sosial kini? Kekadang kita sedar dan yakin kita mampu untuk tempuhi semua ni, kita yakin kita mampu kawal IMAN kita.

Dan kesalahan kita, "apa aku kisah, biarkan sajalah mereka dengan kehidupan mereka", "bukan aku gangu mereka pun". Ini kita selalu dengar dan kita lakukan. Betul tak??

Ringkasnya, saya ingin berkongsi dan mengajak pembaca blog agar teruskan kuat IMAN, HATI, DIRI kita agar terus mengikut Syariat Islam seperti mana kita perolehi ilmu dari guru-guru ustaz-ustaz atau dari mana-mana saja sumber ilmu.

Thursday, February 17, 2011

Di Mana Permulaanya..

Aaarghh...macam2 bermain di fikiranku apa yang perlu aku karangkan untuk post di blogku. Berhari2 aku fikirkan apa perkara yang terbaik untuk aku kongsikan bersama di blog realiti dan fantasi....nama blog aku.Tapi, secara umumnya banyak yang ingin aku tulis,karangkan, tetapi sukar untuk menyusun perjalanan tulisanku. Sukar untuk memulakan ayat yang boleh menarik minat orang ramai membacanya.

Kini aku sedang menjalani praktikal di Pejabat Agama Chenor Pahang dari bulan januari 2011 hingga April 2011. Sejak itu masa tidak berapa terurus walaupun masa aku lapang. Banyak yang ingin aku lakukan tapi aaah x tau ape nak ku lakukan. Usia semakin meningkat....perjalanan hidup mesti di atur agar bahagia masa depan. Usia melangkah alam pekerjaan.

Untuk mengarang tentang hidup untuk berkongsi bersama. Aku tidak berminat. Apatah lagi bicara tentang Cinta, Sayang, Rindu, Kekasih, atau erti kata lain Feeling. Kadang2 perasaan perlu dilontarkan agar hati lapang. Errm...abaikan tentang itu. Wait n C.

Monday, December 20, 2010

Menjawab persoalan istiqamah (berkekalan)


Lazimnya jika seseorang yang ingin melakukan kebaikan akan di perli di ejek di permainkan oleh orang di sekelilingnya apa yang mereka mahu lakukan. Jika ini terjadi akan menyebabkan tingkahlaku  orang yang ingin membuat kebaikan akan terbantut atau lemah semangat untuk meneruskan usaha melakukan kebaikan di samping mencari keredoan Allah ta'ala Yang Maha Melihat dan Mendengar.

Allah tidak menilai Islam, Budha,Hindu,Yahudi, Kristian dan lain2 agama atau keprcayaan, tetapi Allah menilai dari tiga aspek utama.
1) Zalim pada diri sendiri
2) Orang yang tengah-tengah atau bersederhana
3) Seseorang yang sungguh prodaktif melakukan sesuatu.( ini yang terbaik dan di inginkan)
No 3 adalah yang  terbaik kerana orang itu bersemangat untuk melakukan sesuatu dan tidak zalim pada diri sendiri. Hidayah Allah kurniakan kepada kita. Kita perlu berusaha dan memahami Islam itu dengan sebaiknya.

Allah telah berfirman dalam Quran 51:57 iaitu surah adz-zariaat ayat 57 yang bermaksud:


"sesungguhnya Aku tidak mencipta manusia dan jin melainkan untuk beribadat padaKu".

Manisnya Islam itu kerana kita bukan sahaja hanya beribadat kepadaNya, tetapi segala aspek kehidupan kita jika di iringi dengan niat, akan mendapat pahala. sebagai contohnya, kita bersukan niat untuk menyihatkan badan akan mendapat pahala. Atau lain-lain contoh, makan,bekerja,tidur dan lain-lain sertakan dengan niat yang baik akan kita perolehi pahala.

Niat itu tadi tidak dapat di cemari, tetapi perbuatan boleh dicemari dengan sifat riak. Oleh itu, buatlah sebanyak mana pun amalan kebaikan dengan niat. InsyaAllah akan perolehi kebaikan dariNya. Usaha risau ejekan orang dan pandangan pelik mereka pada kita. Allah itu Maha Mengetahui keatas hambaNya. Teruskan membaca klick read more.

Sunday, December 5, 2010

Terdetik Istiqamah...

Terdetik di hati mahu menulis tentang tajuk istiqamah atau dalam erti kata lain berterusan. Sejak akhir2 ni selalu di kenakan dengan istiqamah. Kekadang mereka yang ingin melakukan secara mendadak perkara kebaikan di perli, ada betulnya mungkin mereka berubah mendadak. Mungkin tidak, tetapi melemahkan mereka untuk melakukan sesuatu kebaikan.

Istiqamah mungkin ada kaitan dengan niat...?? Istiqamah mungkin ada kaitan juga dengan tingkah laku......???

Hurrm...aku perlukan cadangan dan idea untuk mengarang.
Sumber internet wikipedia...banyak je, cuma malas nk dptkan sumber tu. aku lebih sukakan sumber dikaitkan dengan pengalaman di samping sumber penulisan lain...

Coming soon..