Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Satu Proses Bukan Matlamat


Pernah saya terbaca:

sahur:
- elakkan makan benda-benda pedas
- elakkan makan daging kerana melambatkan penghadapan dalam perut untuk diproses menjadi tenaga.
- dapat pahala melewatkan sahur, berhenti bila azan subuh, berjaga2 bila masuk imsyak atau 10minit sebelum subuh.
- niat puasa jangan lupa.

berbuka:
- berdoa sebelum berbuka, berzikir-zikir la dlu, dapat pahala.
- mengawalkan berbuka.
- makan elakkan dari benda berbau sebab nak solat berjemaah nanti berbau menganggu jemaah
- berpada-pada masa berbuka.


sebelum ramadhan tiba..

Apa yang kita lakukan untuk sambut ramadhan..? sedar x sedar tahu-tahu je sudah masuk ramadhan. Kita langsung x ambil tahu ape hikmat, ape kelebihan ramadhan. Yang kita tahu, ramadhan akan tiba, betul x..? Saya sendiri pun x lakukan ape2 untuk menyambut ramadhan. tetapi kalau bab2 nak raya, kita sanggup berhabis duit beli baju raya, kasut raya, sofa raya, kuih raya, siap boleh fikir raya kali ni nak raya di mana betulkan, kan...? x betul x pe...hehehe.


Masa Ramadhan 

surah al-baqarah ayat 183

 (Wahai orang-orang yang beriman! kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu moga2 kamu bertaqwa)


-ada orang melihat ramadhan untuk menguruskan badan,
-ada orang melihat ramadhan satu bentuk untuk memperbaiki diri,
-dan ada juga melihat ramadhan untuk mereka berhenti seketika melakukan kesalahan.
-ada orang melihat ramadhan untuk menambahkan pahala, memperbanyakkan pahala.

Maka jika itulah yang mereka mahukan mereka akan dapat. Bila sampai satu tahap mereka dah dapat pahala yang mencukupi, mereka akan lemau, lebur pada penghujung ramadhannya itu. Apa sebab..? pada mulanya Masjid, surau semua meriah pada awal Ramadhan. Kalau waktu sahur cukup meriah bersahur, berbuka pun macam tu juga sungguh meriah kita berbuka dengan macam-macam hidangan, masuk minggu kedua puasa, suarau masjid, terawih, solat 5 waktu, al-quran semua jadi perlahan, pada asalnya awal ramadhan kita berhempas pulas kejar pahala dan sebagainya. Oleh itu, kemuncak Ramadhan Allah tidak letak di awal ramadhan sebaliknya dihujung 10 hari terakhir ramdhan. 
LAILATUL QADAR! Ya Allah temukan la kami dengan malam seribu keberkatan. ALLAAAAAAHH!!


cuba lihat ayat di atas, Allah menyebut "wahai orang2 yang beriman" tetapi bukan "wahai manusia" untuk ditujukan pada orang beriman bahawa puasa adalah wajib bg umat Islam.
ada perbeza puasa orang Islam dan orang bukan Islam. Puasa semua orang boleh buat tuan puan.

-puasa orang yahudi: tidak ada sahur tetapi berbuka
-puasa orang cina: tidak ada sahur tidak ada berbuka
-puasa orang Islam: kita bersahur dan kita berbuka. 
dan bersahur pun kita ada cara, malah boleh pahala. begitu juga berbuka ada pahalanya. Ohhh, sungguh Indah Islam itu. Subhanallah!

Teruskan baca klik read more