Tuesday, May 24, 2011

Kehidupan Alam Realiti atau Fantasi?


Assalamualaikum pembaca blog dan pengunjung yang terjumpa blog saya. Pertamanya saya megucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk baca. Maklumlah, tidak ramai yang suka membaca article atau sebarang bentuk penulisan. Menyusuri kehidupan yang sebenar mampukah kita???

Kita sebagai umat Islam, faham Islam, beramal dengan Islam. Sedarkah kita bahawa kita mampu jaga Iman kita?? Sedarkah anda? Cukup ke Sembahyang kita? Kuat ke "hati" kita menahan godaan keadaan semakin sosial kini? Kekadang kita sedar dan yakin kita mampu untuk tempuhi semua ni, kita yakin kita mampu kawal IMAN kita.

Dan kesalahan kita, "apa aku kisah, biarkan sajalah mereka dengan kehidupan mereka", "bukan aku gangu mereka pun". Ini kita selalu dengar dan kita lakukan. Betul tak??

Ringkasnya, saya ingin berkongsi dan mengajak pembaca blog agar teruskan kuat IMAN, HATI, DIRI kita agar terus mengikut Syariat Islam seperti mana kita perolehi ilmu dari guru-guru ustaz-ustaz atau dari mana-mana saja sumber ilmu.