Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Satu Proses Bukan Matlamat


Pernah saya terbaca:

sahur:
- elakkan makan benda-benda pedas
- elakkan makan daging kerana melambatkan penghadapan dalam perut untuk diproses menjadi tenaga.
- dapat pahala melewatkan sahur, berhenti bila azan subuh, berjaga2 bila masuk imsyak atau 10minit sebelum subuh.
- niat puasa jangan lupa.

berbuka:
- berdoa sebelum berbuka, berzikir-zikir la dlu, dapat pahala.
- mengawalkan berbuka.
- makan elakkan dari benda berbau sebab nak solat berjemaah nanti berbau menganggu jemaah
- berpada-pada masa berbuka.


sebelum ramadhan tiba..

Apa yang kita lakukan untuk sambut ramadhan..? sedar x sedar tahu-tahu je sudah masuk ramadhan. Kita langsung x ambil tahu ape hikmat, ape kelebihan ramadhan. Yang kita tahu, ramadhan akan tiba, betul x..? Saya sendiri pun x lakukan ape2 untuk menyambut ramadhan. tetapi kalau bab2 nak raya, kita sanggup berhabis duit beli baju raya, kasut raya, sofa raya, kuih raya, siap boleh fikir raya kali ni nak raya di mana betulkan, kan...? x betul x pe...hehehe.


Masa Ramadhan 

surah al-baqarah ayat 183

 (Wahai orang-orang yang beriman! kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu moga2 kamu bertaqwa)


-ada orang melihat ramadhan untuk menguruskan badan,
-ada orang melihat ramadhan satu bentuk untuk memperbaiki diri,
-dan ada juga melihat ramadhan untuk mereka berhenti seketika melakukan kesalahan.
-ada orang melihat ramadhan untuk menambahkan pahala, memperbanyakkan pahala.

Maka jika itulah yang mereka mahukan mereka akan dapat. Bila sampai satu tahap mereka dah dapat pahala yang mencukupi, mereka akan lemau, lebur pada penghujung ramadhannya itu. Apa sebab..? pada mulanya Masjid, surau semua meriah pada awal Ramadhan. Kalau waktu sahur cukup meriah bersahur, berbuka pun macam tu juga sungguh meriah kita berbuka dengan macam-macam hidangan, masuk minggu kedua puasa, suarau masjid, terawih, solat 5 waktu, al-quran semua jadi perlahan, pada asalnya awal ramadhan kita berhempas pulas kejar pahala dan sebagainya. Oleh itu, kemuncak Ramadhan Allah tidak letak di awal ramadhan sebaliknya dihujung 10 hari terakhir ramdhan. 
LAILATUL QADAR! Ya Allah temukan la kami dengan malam seribu keberkatan. ALLAAAAAAHH!!


cuba lihat ayat di atas, Allah menyebut "wahai orang2 yang beriman" tetapi bukan "wahai manusia" untuk ditujukan pada orang beriman bahawa puasa adalah wajib bg umat Islam.
ada perbeza puasa orang Islam dan orang bukan Islam. Puasa semua orang boleh buat tuan puan.

-puasa orang yahudi: tidak ada sahur tetapi berbuka
-puasa orang cina: tidak ada sahur tidak ada berbuka
-puasa orang Islam: kita bersahur dan kita berbuka. 
dan bersahur pun kita ada cara, malah boleh pahala. begitu juga berbuka ada pahalanya. Ohhh, sungguh Indah Islam itu. Subhanallah!

Teruskan baca klik read more 






Puasa suatu proses bukan matlamat 

Eh kenapa lak proses..? sepatutnya matlamat la kan..
Ha...mari kita lihat, puasa adalah proses untuk kita mencapai taqwa. Untuk kita dapat taqwa perlulah kita proseskan iman kita dengan berpuasa. Apabila kita proseskan Iman kita dengan puasa diri kita dapat di bentuk dengan Iman. Adakah kita akan dapat taqwa tanpa kita melalui satu proses dengan Iman. Jika mudah kita dapat taqwa tanpa Iman, oh senang ar gitu. Allah dah atur segalanya, nak dapat taqwa kena beriman. Cukup kalau saya bagi ((dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani)) Kasih ALLAH hanya untuk Islam, Pemurah ALLAH untuk semua.

Boleh saya katakan Puasa bukan peraturan tetapi adalah tanggungjawab.
Contoh, kita ada kereta yang dibeli RM40,000, RM80,000. Eh vios pun dah RM80,000 sekarang tau. Kita memandu di suatu tempat kawasan hospital, papan tanda tulis di larang membunyikan HON. Jika difikirkan logik akal salah ke kita nk bunyikan HON sedangkan kita ada HOn dan kereta kita punya, suka hati kita la kan, betul x kalau kita fikir logiknye? tetapi peraturan membatasi kita. Peraturan bukan bebanan tetapi panduan. Begutu juga dengan puasa. Ingatlah, Puasa bukan bebanan tetapi tanggungjwab.

Berbalik pada puasa untuk mencapai Taqwa. Taqwa ni adalah patuh dan akur. Apa Allah larang kita tinggal, apa yang di suruh kita akur. 

surah al-Talaq 2

((Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan untuknya jalan keluar (belenggu masalah) dan dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka))

ayat ni kita selalu panggil ayat seribu dinar


 Dalam perperangan Islam, perang badar adalah yang pertama di bulan ramadhan pada 9 ramadhan.  lain2 peperangan adalah perang teluk, perang hunai, perang err...alamak x ingat la. tetapi banyak la. Dalam kisah perang badar dalam ramadhan hanya 313 je umat Islam masa berperang, di khabarkan mereka dan Nabi Muhammad tidak bersedia untuk perang. Tetapi Allah tolong Nabi, 1000 malaikat turun bergilir-gilir menantang musuh ketika itu. tahukah anda bahawa hanya 70 org musuh dibunuh dan di tawan, selebihnya lari pulang ke mekkah..? Yap, ape tujuannya Allah telah mgatur demikian, ada kajian mengatakan bahawa org2 musuh yang berhadapan dengan nabi dalam perang badar kembali ke mekkah akan menceritakan ape yang terjadi.

- 1000 malaikat turun bergilir- gilir melawan musuh
- kawan (musuh) tiba2 tumbang kena sembelih sedangkan tiada siapa lakukan. mereka gerun
- mereka nampak lembaga besar.
- Badar adalah nama tempat kawasan berlopak air tempat laluan abu sufian telah tiada air kerana geng2 nabi telah mengosongkan telaga tersebut.
- Badar 150km dari Mekkah. 

-Bijaknya nabi dalam perperangan, sebelum perang nabi telah menghantar risikan supaya dapatkan jumlah musuh.

Perang Badar adalah perang emotional, moral. 

- nabi dan pengikutnya tidak bersedia dalam peperangan
- tiada alatan perperangan
- bulan puasa 9 ramadhan.
- nabi berdoa dan sujud lama. 
- saidina Abu Bakar kata pada nabi " inna Allaha ma'na" kata-kata ni nabi pernah kata pada Abu Bakar masa kat gua sur
- jumlah pengikut nabi 313
- untuk nabi dan pengikut kembali ke Mekkah mustahil sebab 150km dari Badar.
- Ikhtiar nabi, menyuruh mengosongkan telaga di kawasan Badar tempat rehat laluan abu sufian, mental moral musuh down.
- Jahatnya abu sufian beli semua barang dagangan sahabat2 nabi yang berhijrah ke Madinah 50 dinnar ekor unta. 

No comments:

Post a Comment