Monday, December 20, 2010

Menjawab persoalan istiqamah (berkekalan)


Lazimnya jika seseorang yang ingin melakukan kebaikan akan di perli di ejek di permainkan oleh orang di sekelilingnya apa yang mereka mahu lakukan. Jika ini terjadi akan menyebabkan tingkahlaku  orang yang ingin membuat kebaikan akan terbantut atau lemah semangat untuk meneruskan usaha melakukan kebaikan di samping mencari keredoan Allah ta'ala Yang Maha Melihat dan Mendengar.

Allah tidak menilai Islam, Budha,Hindu,Yahudi, Kristian dan lain2 agama atau keprcayaan, tetapi Allah menilai dari tiga aspek utama.
1) Zalim pada diri sendiri
2) Orang yang tengah-tengah atau bersederhana
3) Seseorang yang sungguh prodaktif melakukan sesuatu.( ini yang terbaik dan di inginkan)
No 3 adalah yang  terbaik kerana orang itu bersemangat untuk melakukan sesuatu dan tidak zalim pada diri sendiri. Hidayah Allah kurniakan kepada kita. Kita perlu berusaha dan memahami Islam itu dengan sebaiknya.

Allah telah berfirman dalam Quran 51:57 iaitu surah adz-zariaat ayat 57 yang bermaksud:


"sesungguhnya Aku tidak mencipta manusia dan jin melainkan untuk beribadat padaKu".

Manisnya Islam itu kerana kita bukan sahaja hanya beribadat kepadaNya, tetapi segala aspek kehidupan kita jika di iringi dengan niat, akan mendapat pahala. sebagai contohnya, kita bersukan niat untuk menyihatkan badan akan mendapat pahala. Atau lain-lain contoh, makan,bekerja,tidur dan lain-lain sertakan dengan niat yang baik akan kita perolehi pahala.

Niat itu tadi tidak dapat di cemari, tetapi perbuatan boleh dicemari dengan sifat riak. Oleh itu, buatlah sebanyak mana pun amalan kebaikan dengan niat. InsyaAllah akan perolehi kebaikan dariNya. Usaha risau ejekan orang dan pandangan pelik mereka pada kita. Allah itu Maha Mengetahui keatas hambaNya. Teruskan membaca klick read more.

Sunday, December 5, 2010

Terdetik Istiqamah...

Terdetik di hati mahu menulis tentang tajuk istiqamah atau dalam erti kata lain berterusan. Sejak akhir2 ni selalu di kenakan dengan istiqamah. Kekadang mereka yang ingin melakukan secara mendadak perkara kebaikan di perli, ada betulnya mungkin mereka berubah mendadak. Mungkin tidak, tetapi melemahkan mereka untuk melakukan sesuatu kebaikan.

Istiqamah mungkin ada kaitan dengan niat...?? Istiqamah mungkin ada kaitan juga dengan tingkah laku......???

Hurrm...aku perlukan cadangan dan idea untuk mengarang.
Sumber internet wikipedia...banyak je, cuma malas nk dptkan sumber tu. aku lebih sukakan sumber dikaitkan dengan pengalaman di samping sumber penulisan lain...

Coming soon..

Thursday, November 18, 2010

komitmen, susahnye infak diri pada gerakan Islam

Assalamualaikum saya mulakan bicara. Awalnya, lumrah manusia perlu kepada mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. setiap benda dan perbuatan hendaklah kita selalu mensyukuri kepada Allah. apabila kita lupa untuk bersyukur, kita akan jauh dengan Allah dan lalai dengan perintahnya. ini sekadar pendahuluan aje yek..hehe
Alhamdulillah setelah mendengar sedikit tazkirah dari seorang ustaz dalam pertemuan baru-baru ni...dan dibawah ini saya karangkan untuk berkongsi bersama.....

Komitmen....
Kenapa dengan komitmen? Lazimnye kita sering dan lebih suka untuk menghukum orang. Kita mudah dan cepat mghukum mereka bila mana mereka tidak beri komitmen. Bermacam2 kita katakan pada mereka. Wahai sahabat, saya ingin kongsi bersama dan menulis isu ini agar diri saya dapat di perbaiki.
  

(( Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). surah As-saff ayat 11.))

MUHASABAH DIRI
Berbicara tentang perjuangan, ramai yang hebat berkata2, sanggup berjanji dan berkobar2, tapi balik2 dirinya tidak seperti apa yang di laungkan. Untuk membuat kerja2 Islam dan berdakwah dalam Islam dan bergerak dalam Islam sememangnya bnyak rintangan dan halangan. Oleh itu saya ingin menceritakan tentang komitmen, tetapi bukan utk perbetulkan diri sentiasa berada dalam kondisi terbaik, tetapi ingin berkongsi. dan muhasabah diri.
untuk terus membaca klik read more bawah nie...nampak x..? (^_^)

Tuesday, September 28, 2010

Pemuda Jauh Beza Dengan Kita Semua



Errmm...kawan2. agak-agak la, dimanakah kita? Apakah kita selamat sekarang?? Mesti pembaca jawab. saya Depan LaptOp la..kt mana lagi. Nak baca blog kamu ni haa. tu pun mahu tanya ke..?. Ishh...kamu ni, bukan itu maksud saya sebenarnya. Ini Sekadar intro je ni.

Kenal x Abu Sa'labah ibn Abdul Rahman..? Rasa-rasanya ramai yang tidak mengenali pemuda ni kan. Pemuda ni hidup di zaman Rasulullah. Pada suatu hari, Ibu Abu Sa'labah suruh pergi ke pasar untuk membeli barang-barang yang di pesan oleh ibunya. Ketika nak balik dari pasar tu, Abu Sa'labah ternampak seorang wanita sedang mandi. fuyoo...nampak perempuan mandi. he3. Macam mana boleh ternampak..?? Sebabnya rumah dulu2 di tutupi oleh daun je. Apabila ternampak tubuh wanita yang sedang mandi tadi, Abu Sa'labah mengeletar badan dia. Apa lagi, terus la Abu Sa'labah ni berlari ke gunung yang tinggi, beliau x pulang ke rumah. Sepatutnya kena balik la kan sebabnya Ibu dia pesan suruh beli barang di pasar.

Punya gementar Abu Sa'labah. Kalau kita la, tgk perempuan mandi, silap2 pergi lagi dekat nat nampak jelas. Siap rakam lagi tu. hahaha. Eleh perempuan pun sama, nampak laki mandi pun, lari malu2..padahal nak tengOk. hehe. Depend on situation. huhuhu.

So, berbeza dengan kita, jauh bezanya tuan puan semua. Jaaaauuh!! kita lagi suka lihat susuk tubuh yang bukan sejenih. Laki perempuan sama je. Mata melilar je pandang aurat perempuan. Suka sgt....Astaqfirullah Al Azim!

Maka seorang sahabat membawa Abu Sa'labah turun dari gunung bertemu dengan Nabi, dengan keadaan yang keletihan tadi, Nabi letakkan kepala Abu Sa'labah atas pehanya. Di usap2 kepala abu Sa'labah, perlahan-perlahan Abu Sa'labah mengalihkan kepala dari peha Rasulullah. Abu Sa'labah kata, kepalaku tidak layak untuk letak di atas peha Nabi, kerana mata ini telah melihat kemungkaran, dosa! Wahai Rasulullah, adakah aku masih layak untuk masuk ke syurga?? dengan gementar dan ketakutan Abu Sa'labah bertanya kepada Rasulullah.

Nak di pendekkan cerita, ketika kematian Abu Sa'labah, Nabi Muhammad nak sampai ke laluan kubur Abu Sa'labah terasa amat susah. sempit sangat. Terasa ade sesuatu yang menyekat laluan ke situ. Agaknya la kan, apa yang pembaca fikirkan? Mesti beratkan dosa pemuda tadi.??

Berkata Nabi kepada sahabat-sahabatnya. "Tidakkah kamu melihat tempat ini di penuhi dengan Malaikat. Terlalu sempit untuk aku melaluinya."

Subhanallah! Allahu Akhbar! Allah....sedihnya kita tidak semacam pemuda ni..

Di manakah kita??  Sekarang jawab. Tepuk dahi tanya diri sendiri...!!!!

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Satu Proses Bukan Matlamat


Pernah saya terbaca:

sahur:
- elakkan makan benda-benda pedas
- elakkan makan daging kerana melambatkan penghadapan dalam perut untuk diproses menjadi tenaga.
- dapat pahala melewatkan sahur, berhenti bila azan subuh, berjaga2 bila masuk imsyak atau 10minit sebelum subuh.
- niat puasa jangan lupa.

berbuka:
- berdoa sebelum berbuka, berzikir-zikir la dlu, dapat pahala.
- mengawalkan berbuka.
- makan elakkan dari benda berbau sebab nak solat berjemaah nanti berbau menganggu jemaah
- berpada-pada masa berbuka.


sebelum ramadhan tiba..

Apa yang kita lakukan untuk sambut ramadhan..? sedar x sedar tahu-tahu je sudah masuk ramadhan. Kita langsung x ambil tahu ape hikmat, ape kelebihan ramadhan. Yang kita tahu, ramadhan akan tiba, betul x..? Saya sendiri pun x lakukan ape2 untuk menyambut ramadhan. tetapi kalau bab2 nak raya, kita sanggup berhabis duit beli baju raya, kasut raya, sofa raya, kuih raya, siap boleh fikir raya kali ni nak raya di mana betulkan, kan...? x betul x pe...hehehe.


Masa Ramadhan 

surah al-baqarah ayat 183

 (Wahai orang-orang yang beriman! kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu moga2 kamu bertaqwa)


-ada orang melihat ramadhan untuk menguruskan badan,
-ada orang melihat ramadhan satu bentuk untuk memperbaiki diri,
-dan ada juga melihat ramadhan untuk mereka berhenti seketika melakukan kesalahan.
-ada orang melihat ramadhan untuk menambahkan pahala, memperbanyakkan pahala.

Maka jika itulah yang mereka mahukan mereka akan dapat. Bila sampai satu tahap mereka dah dapat pahala yang mencukupi, mereka akan lemau, lebur pada penghujung ramadhannya itu. Apa sebab..? pada mulanya Masjid, surau semua meriah pada awal Ramadhan. Kalau waktu sahur cukup meriah bersahur, berbuka pun macam tu juga sungguh meriah kita berbuka dengan macam-macam hidangan, masuk minggu kedua puasa, suarau masjid, terawih, solat 5 waktu, al-quran semua jadi perlahan, pada asalnya awal ramadhan kita berhempas pulas kejar pahala dan sebagainya. Oleh itu, kemuncak Ramadhan Allah tidak letak di awal ramadhan sebaliknya dihujung 10 hari terakhir ramdhan. 
LAILATUL QADAR! Ya Allah temukan la kami dengan malam seribu keberkatan. ALLAAAAAAHH!!


cuba lihat ayat di atas, Allah menyebut "wahai orang2 yang beriman" tetapi bukan "wahai manusia" untuk ditujukan pada orang beriman bahawa puasa adalah wajib bg umat Islam.
ada perbeza puasa orang Islam dan orang bukan Islam. Puasa semua orang boleh buat tuan puan.

-puasa orang yahudi: tidak ada sahur tetapi berbuka
-puasa orang cina: tidak ada sahur tidak ada berbuka
-puasa orang Islam: kita bersahur dan kita berbuka. 
dan bersahur pun kita ada cara, malah boleh pahala. begitu juga berbuka ada pahalanya. Ohhh, sungguh Indah Islam itu. Subhanallah!

Teruskan baca klik read more 


Tuesday, July 27, 2010

Percutian Ke Cherating

Sebelum gerak pukul 11.40 malam 23/7/2010 mer yg pegang helmet biru tu, membacakan doa selamat. Yang lain2 mengaminkan doa..hehe.
Amiin..

Terima kasih buat zali,wasie,wazir,ejat,mer...bersama menjayakan mission to cherating.

Fuuuhh..lame x update. Sibuk sangat sejak habis dari pentauliahan suksis bulan 6 baru ni. Lepas dari tu keja part time catering, skung kje pembanci penduduk lak, x habis lagi kejanye. Tention lak dengan macam2 keja, thesis x siap2 lagi, bru buat introduction je..adoi. So aku mengambil keputusan ikut kawan konvoi motor nak hilangkan tention, walaupun kali ni x ramai macam dulu 15 buah motor berbanding 6 buah motor je yang follow kali ni.




Ini gambar kami berada di simpang sebelum masuk ke Kuantan kat Gambang. pukul 4.30 pagi. Masa dalam perjalanan tu, kabus tebal x nampak jalan, terbatas gak lah pandangan kami, di tambah jalan yang gelap, so kami mengharapkan lampu motor je la. Alhamdulillah selamat.


Wednesday, June 23, 2010

Siapa Pilihan Hati


Sekian lama tidak aku menulis article dan update blog ni. Sibuk dengan persiapan pentauliahan Kor SUKSIS yang dah selesai 19jun 2010 selama 2 minggu di UM. Bagi aku x rasa seronok. Ade la sebab2 tertentu yang menganggu fikiranku.

Kali ni aku nk post article tentang Siapa Pilihan Hati? Sebelum tu, nak bagi tahu article yang aku post ni panjang, kalau anda dah mula membace, insyaAllah ianye menarik untuk anda tahu apa kesudahanya. Aku turut terasa bila membacanye dan membuatkan aku berfikir lebih matang dan releven. Article ni aku copy dan paste untuk tatapan pembaca sekalian.



aKu bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saturday, March 27, 2010

Lepas Grad Nak wat Ape ek..?


Tidak semua anggota Polis tu ambil rasuah, cuma segelintir je. Dalam education pun ada rasuah, cuma orang je x nampak. Dalam JKK kampung, industri, government @ non-government dan lain pun ada la.

Sebelum baca,hidup ni sementara je. ISLAM mesti kita Julang. Takbir!! Allahuakbar! apa pun dunia kena cari gak, jadikan ia sebagai ibadah yek..ok boleh baca ni..


Baru-baru ini, saya balik rumah jumpa mak ayah. maklumla....hujung minggu susah nak dapat balik. Pada malam harinya, ayah saya bertanya "nak kerja Polis ke nanti?" saya cakap...a'ah...mungkin (dalam hati memang saya minat). Ayah saya cakap, herm..ok abah mak restu awak nak kerja polis, taPi baik-baik2la..rasuah kuat. Dulu abah kerja Polis rasuah memang kuat. tapi x semua org makan rasuah. Rasuah memang kuat. Pandai-pandai la nanti...orang nak bagi rasuah macam-macam cara ada.



Thursday, March 18, 2010

9 Sifat Lelaki Suka Pada Wanita

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang,lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu,tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang KAMU sayangi TIDAK tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.CINTA ALLAH LEBIH KEKAL!


ermm..? ape ye sifat-sifat lelaki suka pada wanita..??

Friday, March 12, 2010

Beza Dulu dan Sekarang Diriku

ketika aku keluar makan sorang-sorang jam11.30malam di kedai makan, aku terserempak kawan yang sudah siap makan, aku menyapa mereka supaya ajak teman makan sama-sama dan borak2.


Bermula perbualan setelah aku ambil pesanan makanan. Ko datang dari mana? aku cakap datang dari rumah. Kawan aku pun mulakan perbualan dengan kisahku. Aku tertanya-tanya apa yang nak di ceritakan tu...

Sunday, March 7, 2010

mitos permakan

Mitos Pemakanan Sihat

Seperti yang anda sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.

Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

Wednesday, February 24, 2010

isu siapa rempit...?? think rasional..


woi rempit slow sikit bawak motor tu.
woi mat rempit myusahkan orang je la..
ni kerja mat rempit la ni....
persoalannya, siapa mat rempit...??

Secara peribadinya, saya mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini walaupun gerenti ada sesetengah orang tidak bersetuju dengan apa yang saya utarakan dalam post kali ni, apa pun sebagai manusia berpendidikan kita kena berfikiran rasional dan balas dengan bijaksana seandainya kita tidak bersetuju.

Saturday, February 20, 2010

Pelik dan takut karenah manusia

"fuuh...letih gak ek angkat barang turun naik, nasib baik ada trolley usim ni..senang sikit angkat barang." kata fizi kepada saya.

"tu la pasal kalau angkat satu-satu..mampus la mcm ni" kataku pada fizi.
"wei, kita relax dulu la letih sangat ni." sambil minum air jagung bismillahirahmanirrahim.
"eh perempuan zaman sekarang macam-macam la, x macam dulu." aku dah serik la, lain la ko hebat..hahahaha.
lantas fizi menyapa pak guard turut duduk sama minum bersama kerana cuaca agak panas ketika guard lalu dekat kami duduk.

Tuesday, February 16, 2010

Baru Belajar.


hermm....sekarang dah masuk hari kedua, payah jugak nak buat blog ni saya fail kat tempat nak ubah layout tu. ntah la tak reti la nak buat mcm mana, puas dah mencuba. Ish....terasa kekok lak menaip x pandai mereka ayat-ayat panjang. So untuk pendahuluan sini dulu la disamping meningkatkan teknik berdakwah mengunakan penulisan dan media. Selalunya saya menyampaikan atau praktik ilmu melalui kalam. Nak kongsi sedikit, kita tahu cara eye contact nada suara, point2 ucapan dan sebagainya. tapi bila dah duduk depan semua tu x ingat mcm mana apa yang kita belajar. kena ambil masa dan jangan gabra. eye contact dan suara memang peranan tinggi tau..

Dibawah ni gambar sebahagian fasilitator, saya ada ikut pgram kat situ la saya belajar cara nak sampaikan mesej2 dakwah walaupun sedikit. Pernah seketika saya jadi ketua fasi group lain..susah tau nak sampaikan, pendakwah kena sentiasa bersedia dgn ilmu tidak kira apa saja yang ilmu kita ada, sampaikan aje la. , payah tau nak amalkan cara berdakwah yang saya belajar tu. maklumla jarang praktik. sampai sini dulu la..


asyik TIDUR je...

salam semua, hai...jom baca article bawah ni saya nak kongsi bab tidur, maklum sajalah majoriti kita ni asyik tidur je...kena lak yang student tu...asignment x siap...tidur je lebih..hehehe. yang kerja lak nak gaji tp malas....herm..jom baca ni..

Cara tidur Rasulullah:-

1)Diriwayatkan daripada ibn Qaiyim :Adalah Nabi tidur dengan berbaring ke kanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan.
Imam Ibnul Jauzy berkata: “Keadaan tidur seperti ini sebagaimana ditegaskan oleh pakar kedokteran merupakan keadaan yang paling baik bagi tubuh”

2)sebuah hadith sabda Nabi,diriwayatkan daripada Baro bin Azib:Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur maka berwuduklah kalian seperti mana wuduk kalian untuk solat.

Cara tidur yang dilarang:-

1)sesungguhnya Nabi melarang tidur terlungkup sepertimana didalam sabdanya,Dari Tikhfah Al-Ghifari dia berkata: Suatu ketika tatkala aku tidur didalam masjid, tiba-tiba ada seorang yang menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur terlungkup, lalu dia membangunkanku dengan kakinya seraya berkata: “Bangunlah! Ini adalah bentuk tidur yang dibenci Allah, maka aku pun mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi.
Berkata Syaroful Haq ‘Azhim Abadi: “Berdasarkan hadith ini, bahwa tidur telungkup diatas perut adalah dilarang, dan itu adalah bentuk tidurnya syaitan”.

Hukum tidur selepas subuh:-

Sebahagian ulama melarang tidur selepas subuh dan asar malah ada sebahagian ulama yang meletakkan hukum makruh tidur selepas waktu subuh.Sepertimana yang diriwayatkan bahawa Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh kerana Allah s.w.t memberkati umat yang berpagi-pagi iaitu waktu untuk mencari rezeki.Dalam satu hadith diriwayatkan bahawa Rasul telah berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagian.

Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح


Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '


Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum tidur selepas asar:-

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

http://jannatulnaim.blogspot.com/2008/06/tidurtidur-dan-tidur.html

Monday, February 15, 2010

FIRST OF ALL

Assalamualaikum...untuk permulaan blog saya ni...yang baru2 nak belajar ini...saya mulakan dengan artcle di bawah ni....yang saya ambil dari blognya. dulu memang teringin nak tahu tentang kisah MURTAD di Malaysia..cuma info saya x dek. So, lepas baca ni...tahu serba sikit walaupun kisahnya panjang...lama nak baca. untuk ISLAM.......agama KITA!!

Ok,tadi aku ada baca 1 artikel yang cukup menarik ,amat menyentuh jiwa dan juga meniup semangat perjuangan kepada diri aku. Aku rasa tak salah untuk aku berkongsi artikel tersebut dengan pembaca-pembaca sekalian. Mungkin ada yang pernah baca,dengar dan tahu kisah ini, samada dari ceramah,media,kawan-kawan dan sebagainya. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah satu artikel yang mengimbau satu kisah di mana telah berlaku sejak sekian lama sehingga hari ini. Di harap,sedikit sebanyak dapat meniupkan semangat perjuangan ke dalam diri kita dan juga memberi kesedaran kepada kita.

"Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun mendidik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan di rumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Air mata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu..

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali.. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak.. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka, 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tak usah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berhenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya.. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Wallahu’alam.

p/s: Akhir sekali, tanyalah pada diri kita, apa peranan kita? apa sumbangan kita kepada Islam?.Apa perasaan kita?Adakah kita rasa begitu selesa dengan keadaan yang kita ada sekarang ni? fikir-fikir dan renungkanlah.Semuanya bergantung pada diri kita masing-masing.Tepuk dada tanyalah Iman. Di harap selepas membaca artikel ini,sedikit sebanyak dapat menjadikan iktibar dan peringatan kepada diri kita. Musuh Islam berada di mana-mana. Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah supaya berikan perlindungan dan kekuatan kepada kita demi mempertahankan akidah islam.

***Artikel ini di petik dari: http://permaidanihijau.blogspot.com