Wednesday, February 24, 2010

isu siapa rempit...?? think rasional..


woi rempit slow sikit bawak motor tu.
woi mat rempit myusahkan orang je la..
ni kerja mat rempit la ni....
persoalannya, siapa mat rempit...??

Secara peribadinya, saya mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini walaupun gerenti ada sesetengah orang tidak bersetuju dengan apa yang saya utarakan dalam post kali ni, apa pun sebagai manusia berpendidikan kita kena berfikiran rasional dan balas dengan bijaksana seandainya kita tidak bersetuju.




So, pandangan saya terhadap isu ni, saya melihat siapa yang dikatakan mat rempiiiiiit? mat rempit bagi pandagan saya adalah mereka yang tidak tahu hala tuju, tetapi ada juga mereka yang tahu hala taju tetapi mereka mat rempit, bak kata orang selalu buat hal la..mat rempit ni menyusahkan orang. Ini kita selalu dengar.


Ok, sekarang saya ceritakan siapa dia mat rempit ni..?
Pertama, budak remaja atau budak sekolah dalam erti kata lain budak mentah. Yang x tahu hala tuju hidup.
Kedua, diorang ni suka lumba-lumba menunjukkan kehebatan motor masing-masing.
Ketiga, modify motor untuk lumba dan taruh wang. Senang cakap judi la. X semestinya duit ditaruhkan. that all untuk setakat ini.

ada lagi laa....

Untuk pengetahuan lain, jangan kita melihat semua yang main motor hulu hilir, ekzos bising, enjin modify tu mat rempit k. Memang salah modify motor dlm JPJ..tp dah minat punya pasal..nak buat macam mana. Ok2, x mengapa. kat sini saya nak bagi tahu, ada orang main motor tapi bukan mat rempit k. Motor Yamaha LC135, RXZ, 125Z, EX5 dan sebagainya memang ramai pakai sekarang, dikalangan diorang semua tu orang dah berkerja, ada anak bini, duit pun ada laa..x macam budak2 mentah. Diorang main motor ni, suka-suka, konvoi sana sini dapat rapatkan ukhwah.
Kadang2 lepak2 sama2 tapi ntah siapa x kenal pun masa ramai-ramai, semua ditegur dan kongsi-kongsi cerita.

Saya bagi perumpaan la, kalau x dek orang baik dikalangan yang dalam disko, siapa lagi nak didik mereka. Bahasa mudahnya, kita sebagai seorang pelajar atau orang berpendidikan mesti ada dalam semua bidang, bantu mereka yang terkandas dalam perjalanan hidup mereka. Kita bantu diorang. Tiba waktu solat, kita la kena peranan ajak mereka solat!

Yap, betul rempit ada banyak negatif..tapi kena kita berfikiran rasional. Bukan saya ingin mempertahankan rempit, tetapi wahai ummah, kita kena ada dalam semua bidang. Selain tu, kalau orang pakai motor, contah la, pakcik makcik pergi pasar,kedai, pkcik makcik pergi masjid naik motor, lalu depan rumah kita jerit je wooii pkcik rempit pergi masjid ke..? xpun mkcik ne gi mne rempit ea naik motor nie..? x ke anda kena PELEMPANG PENERAJANG dgn pakcik makcik nie..?  X semua pakai motor ni kita nk ckp dia rempit. So anda nilai la sendiri macam mana rempit tu.

So, jangan kita salahkan mereka yang pakai motor jalan ramai2 itu mat rempit, itu kemampuan diorang, kalau orang pakai kereta, modify sana sini laju sana sini, lumba sana sini...kita nak panggil Mat apaaaa..??



2 comments:

  1. gambor tu kasi real bin....orang ngah merempit.. x pun ko je rempit hehe

    ReplyDelete