Monday, December 20, 2010

Menjawab persoalan istiqamah (berkekalan)


Lazimnya jika seseorang yang ingin melakukan kebaikan akan di perli di ejek di permainkan oleh orang di sekelilingnya apa yang mereka mahu lakukan. Jika ini terjadi akan menyebabkan tingkahlaku  orang yang ingin membuat kebaikan akan terbantut atau lemah semangat untuk meneruskan usaha melakukan kebaikan di samping mencari keredoan Allah ta'ala Yang Maha Melihat dan Mendengar.

Allah tidak menilai Islam, Budha,Hindu,Yahudi, Kristian dan lain2 agama atau keprcayaan, tetapi Allah menilai dari tiga aspek utama.
1) Zalim pada diri sendiri
2) Orang yang tengah-tengah atau bersederhana
3) Seseorang yang sungguh prodaktif melakukan sesuatu.( ini yang terbaik dan di inginkan)
No 3 adalah yang  terbaik kerana orang itu bersemangat untuk melakukan sesuatu dan tidak zalim pada diri sendiri. Hidayah Allah kurniakan kepada kita. Kita perlu berusaha dan memahami Islam itu dengan sebaiknya.

Allah telah berfirman dalam Quran 51:57 iaitu surah adz-zariaat ayat 57 yang bermaksud:


"sesungguhnya Aku tidak mencipta manusia dan jin melainkan untuk beribadat padaKu".

Manisnya Islam itu kerana kita bukan sahaja hanya beribadat kepadaNya, tetapi segala aspek kehidupan kita jika di iringi dengan niat, akan mendapat pahala. sebagai contohnya, kita bersukan niat untuk menyihatkan badan akan mendapat pahala. Atau lain-lain contoh, makan,bekerja,tidur dan lain-lain sertakan dengan niat yang baik akan kita perolehi pahala.

Niat itu tadi tidak dapat di cemari, tetapi perbuatan boleh dicemari dengan sifat riak. Oleh itu, buatlah sebanyak mana pun amalan kebaikan dengan niat. InsyaAllah akan perolehi kebaikan dariNya. Usaha risau ejekan orang dan pandangan pelik mereka pada kita. Allah itu Maha Mengetahui keatas hambaNya. Teruskan membaca klick read more.


Tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana ingin menjelaskan pada pembaca bahawa setiap amalan yang kita lakukan Allah yang akan menilai, bukan manusia yang menilai ape yang kita lakukan. Allah lah selayaknye menentukan dimana kita disamping kita berusaha mendekatkan diri padaNya dan mencari atau mendapatkan keredoanNya.

Layakkah kita untuk peroleh syurganya yang semua maklukNya inginkan. Ya Allah berkatilah kehidupan kami semua dan redoilah amalan kami.

Usalah anda malu dengan ejekan, perli dan tomahan jika anda membuat kebaikan. Biarkan mereka berkata pada anda. yang pasti kita teruskan melakukan apa sahaja yang baik moga perkara kita lakukan akan dapat pahala.  Huurrrrmm...macam  mana nak tau baik x baik perbuatan kita??

1) secara logik setiap yang bermoral itu baik. So apa yang dirasa baik oleh akal dan moral maka baiklah ia.
2) Allah telah memberi kita pandua iaitu Quran dan sunnah sebagai rujukan utama Manusia, Qias dan ulama juga merupakan panduan kepada manusia kini.
3) ikut sahaja apa yang Allah suruh  dan tinggal apa yang di larang.

Istiqamah...????
selalu kawan2, rakan2, sahabat2, dan lain orang akan perli. "alaaa kamu tu buat kebaikan sekejap je. lama-lama nanti lupa., x istiqamah".
istiqamah bererti terus kekal melakukan dan berterusan. Tidak hanya omong2 kosong atau hagat2 tahi ayam.



untuk kesimpulan satu cerita saya bawakan tentang kisah Abu Nawaf, anak dan keldainya.
Pada suatu ketika, Abu Nawaf keluar berjalan bersama dengan anaknye. Si anak menaiki keldai sedangkan ayah tidak. Orang berkata padanye "hai Abu Nawaf, anak kamu tidak patut membiarkan ayahnya berjalan sedangkan anak kamu menaiki keldai." lepas tu anak Abu Nawaf pula berjalan kaki dan ayahnya menaiki keldai tadi. Orang pula berkata " Abu Nawaf kamu memang tidak berkeperimanusian membiarkan anak kamu berjalan sedangkan kamu bersenang-senang menaiki keldai". lepas mendengar teguran tadi, Abu nawaf dan anaknya menaiki keldai tadi bersama-sama. Maka orang pun masih menegur Abu Nawaf  "aikkk Abu nawaf, mengapa kamu menaiki keldai bersama anak kamu, sedangkan keldai itu kecil tidak patut kamu menaikinya berdua" maka turun la Abu Nawaf dan anaknya tadi.

Dari kisah ini, jangan kita terpengaruh dengan situasi luar. Buatlah apa yang anda rasa baik dan bermoral. Faktor luar inilah yang menyebabkan seseorang akan terganggu untuk membuat sesuatu jika terlalu bergantung atau mendengar bisikan dar luar.


Tambahan, point penting ialah, tujuan Allah mencipta manusia adalah untuk amanah beribadat padaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi memakmurkannya.
rujuk surah adz-azriaat 57 dan surah al baqarah ayat 20.

sebarang kesilapan mohon beri pandangan dan teguran. Takut juga memberi penerangan.
Ini sahaja dapat saya berkongsi.

No comments:

Post a Comment