Thursday, November 18, 2010

komitmen, susahnye infak diri pada gerakan Islam

Assalamualaikum saya mulakan bicara. Awalnya, lumrah manusia perlu kepada mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. setiap benda dan perbuatan hendaklah kita selalu mensyukuri kepada Allah. apabila kita lupa untuk bersyukur, kita akan jauh dengan Allah dan lalai dengan perintahnya. ini sekadar pendahuluan aje yek..hehe
Alhamdulillah setelah mendengar sedikit tazkirah dari seorang ustaz dalam pertemuan baru-baru ni...dan dibawah ini saya karangkan untuk berkongsi bersama.....

Komitmen....
Kenapa dengan komitmen? Lazimnye kita sering dan lebih suka untuk menghukum orang. Kita mudah dan cepat mghukum mereka bila mana mereka tidak beri komitmen. Bermacam2 kita katakan pada mereka. Wahai sahabat, saya ingin kongsi bersama dan menulis isu ini agar diri saya dapat di perbaiki.
  

(( Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). surah As-saff ayat 11.))

MUHASABAH DIRI
Berbicara tentang perjuangan, ramai yang hebat berkata2, sanggup berjanji dan berkobar2, tapi balik2 dirinya tidak seperti apa yang di laungkan. Untuk membuat kerja2 Islam dan berdakwah dalam Islam dan bergerak dalam Islam sememangnya bnyak rintangan dan halangan. Oleh itu saya ingin menceritakan tentang komitmen, tetapi bukan utk perbetulkan diri sentiasa berada dalam kondisi terbaik, tetapi ingin berkongsi. dan muhasabah diri.
untuk terus membaca klik read more bawah nie...nampak x..? (^_^)


Tambahan lagi, kita suka mengatakan sahabat seperjuangan kita telah “futur’, dah lari dari perjuangan Islam, mengelak diri dari memberi sumbangan atau terlibat sebarang program. Ini juga ada kaitan dengan ukhwah. . Mereka sebenarnye telah di uji oleh Allah bermacam-macam hal. Antaranya masalah kewangan,masa dan hal2 peribadi.. Ini selalu kita dengar, betul x..?


Baiklah, bagi mereka yang kurang memberi sumbangan atau terlibat secara lagsung atau tidak dalam gerakan Islam, mereka lebih suka memberi sumbangan berbentuk kewangan. Tapi sejauh mana mereka mampu bertahan dan sanggup istiqamah dalam memberi sumbangan....?? Sumbangan hartalah paling berat dan susah tahu x..? Bila dah keja, duit yg kita dpt hasil dari bkerja sebulan nk daptkan RM1800 punya susah mana mungkin senang2 kita bagi untuk gerakan Islam. Semua ni halangan. Iblis pula membisikan di hati kita. So...?? haa..mampu ke..bg duit je?
berbalik kepada ayat surah As-saff di atas. Lihat maknanya.

Allah meletakkan di awal ayat berjihad dengan harta, tetapi Allah tidak memulakan berjihad dengan diri. Ini menunjukkan susahnya kita hendak memberi sumbangan dalam Islam. Sepertimana kita tahu, Iblis sentiasa mghasut diri kita untuk tidak berjuang dalam agama Allah walaupon kita merasakan kitalah hebat, kita mampu lawan. Tidaaaak! Salah sama sekali.

Untuk mengelakkan salah faham, saya tidak bermaksud sumbangan hanya dengan wang ringgit, tetapi saya mksudkan bagi mereka yang tidak beri sumbangan diri dalam gerakan, tetapi lebih kepada memberi wang, Selama mana mampu bertahan sedangkan syaitan sentiasa menghasut untuk tidak melakukannya. Isshh..susah nak terangkan..

Masalah-masalah ini ada kaitan dengan Ukhwah. Ukhwah persahabatan. Kita hebat berkata ukhwah, cadang ini dan itu. Tetapi kita tidak pula mengikat ukhwah itu dengan kesedaran kita diri sendiri. Saya berkata begini kerana mahu muhasabah diri saya khususnya! Insan daifff. Mudah berkata2...kalah dalam perbuatan.

Allah tidak akan tanya berapa ramai yang kita dapat ajak manusia untuk taat padaNYA. Tetapi Allah akan tanya apa sumbangan kita terhadap Islam. Apa kita lakukan?? Menyebut isu utama masalah kurang memberi komitmen terhadap gerakan Islam adalah komitmen kewangan. Mengapa..??

Semua perkara memerlukan kewangan. Duit perlu kepada transpot kita, makan, pakaian, belanja harian, bayar sewa rumah dan macam2 lagi la.. Duit minyak kenderaan lagi. Banyak toooooo! Semua perlu kepada duit.
yea betul, duit bkn segala2nya. kena berkorban, tapi akan ada satu tahap, kita akan di uji. kalau tidak sekarang, mungkin lain masa.. 

Berjuang bukan keran duit, tapi perjuangan memerlukan duit..

Masuk alam rumah tangga, pekerjaan, akan datang bermacam2 dugaan yang lain pulaakan di uji. So jangan kita asyik mengatakan si dia dh lari dari gerakan Islam, dah x beri komitmen. Sedarlah, mereka telah diuji Allah bermacam2 perkara. Masalah kewangan, suami isteri, anak2, masa dan masalah perbelanjaan mereka. Semua ni perlu kepada ukhwah. Ade sesetengah dari mereka akan berikan alasan masa x cukup, saya buzyla.. ada hal lain nak buat.,ada pragram lain perlu diikutnya. Semua ni dugaan. Dan memerlukan kesedaran dalam diri sendiri disamping sahabat mengingatkanny. 


Dalam sebuah buku futur di dalam perjuangan, ada menyebut bahawa ini berlaku kerana kurangnye strategi dalam memanfaatkan ahli. Dalam kata erti lain, perlu di atur perancangan yang rapi untuk ahli. Tapi, bagi saya, kita pendokong atau penyokong, maksud saya diri kita sendiri la kena sedar, cuma perlukan diri kita libatkan diri bersama ahli2 kita walaupun sekejap, luangkan masa bersama agar ada ikatan. Ada sahabat akan mengigatkan kita di kala kita terpesong dari jalan lurus.

Nabi muhammad SAW, mula2 nabi bentuk aqidah islamiah, kemudian nabi bentuk ukhwah dikalangan sahabat-sahabatnya. 
sekian sahaja. akan di edit dari semasa ke semasa...
 
jika ada sebarang komen dan pembetulan,
silakanlah.....khususnya untuk diri saya dan umumnya utk pembaca dan article saya.


MUHASABAH DIRI

2 comments: