Sunday, May 6, 2012

Janganlah Kita Menghina Pelaku Maksiat

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" - (Riwayat al-Termizi)

Untuk Permulaan kali ini, saya "copy" dan "paste" dari perkongsian orang lain, kerana saya sudah lama tidak mengarang, Terimalah......ini. hehe..
Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s sedang berjalan bersama seorang anak muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang. Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, Janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini"

Nabi Isa a.s tiba-tiba menoleh kepada anak muridnya dan berkata "Doamu telah dimakbilkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku".

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidk bererti membenci dan menghina orng yang melakukannya. Siapa kita untuk menghukumnya sekiranya Allah telah menerima taubat si pelaku maksiat itu...

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaiknya kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

No comments:

Post a Comment